Sunday, June 12, 2011

mempertahankan tanah Melayu

kahkahkahkah. gila politik title entri. rasa nak muntah.




bila aku baca entri serius dia yang berjela ni, aku rasa sedih tiba tiba. mungkin sebab aku tak penah fikir perasaan golongan minoriti yang bewarganegara Malaysia. dorang pun nyanyi juga lagu Negaraku macam kita, tapi kita nak bina kuil dia tak boleh. dihanjing hanjingkan. bagi alasan sebab nanti menyesatkan orang Islam. ni lagi satu bodoh. memang agama kita lain lain tapi tade agama yang ajar benda jahat. benda yang dah terang jahat, tak nampak. kalau nak kira menyesatkan Islam, baik bom je area Changkat KL tu atau kilang arak sebesar besar alam kat Shah Alam bandar Anggerik *yang konon wayang pun tade*. kahkahkah.

Tanah Melayu? hak Melayu? ya, korang betol. aku pun belajar sejarah. tapi tak payah obsesi lah, sampai agama pun nak dipolitikkan. bukan ke Malaysia mempraktikkan kebebasan beragama. apa lah yang nak dikecohkan sangat kuil nak dibina di Serambi Mekah. *menyampah aku dengan nama ni* itu kuil, tempat sembahyang dorang, bukan tempat perjudian. kes pelacuran yang sampai sekarang tak habis habis lagi kat Kelantan tu apa cerita dei? tutup mata je sebab pelacur tu semua melayu? kuil tak boleh sebab untuk orang Buddha?

orang Buddha Thailand layan orang Melayu kita elok elok. aku pergi sana dengan family aku, azan setiap waktu ada, dalam hotel murah murah pon siap ada tanda kiblat. cuba kalau saudara kita kat sana dihanjing hanjingkan sebab nak bina masjid, tempat beribadat. macam mana? karma is a bitch, kena beringat tu.

aku jadi lagi sedih sebab aran tu member aku. aku tau dia macam mana. kalau korang nak tau, dia tu sangat cintakan negara kita, budaya kita. dia sangat respect orang Islam. dia sendiri banyak nasihatkan aku. bila bulan puasa, dia sendiri pun tak makan. kitorang ni pemain teater, banyak budaya Melayu yang diterapkan tapi sikit pun aku tak nampak sikap prejudis dia kat kita. tapi kita? negara makmur my foot.

ahh, benda ni susah nak cakap. sensitif sangat. orang boleh label aku penjual bangsa, perosak agama hanya kerana entri aku ni. *peduli pulak aku* tapi kalau dipandang dari nilai humanity, salah ke nak bagi dorang tempat untuk menunaikan kepercayaan dorang hanya kerana agama kita berbeza? lupa ke kita dorang pun manusia?






"cukup la aku diberi hak rumah untuk aku tinggal. cukuplah aku diberi peluang untuk aku belajar di IPTA. cukuplah aku diberi tanah untuk ditanam jasad aku bila aku mati kelak. cukuplah. aku bangga jadi rakyat Malaysia. aku bangga jasad aku ditanam di tanah air tercinta aku ini kelak."

Aran Crikwong


22 comments:

EZAN IDMA said...

cukup lah kita tenang di malaysia :)

hana sudradjat said...

agreed! dh lama sy nak buat entri macam ni,tp takut.I'm a muslim tp sy keturunan lain-lain,khuatir org slh fhm. T.T ajaran sesat? berwaspada itu baik,tapi prejudis smpi thp taknak bina kuil???kita asyik prejudis kat org,mcm manalah org x prejudis kat kita...

kita selalu kata org di LUAR sana kejam sbb x benarkan kita amalkan agama kita di tempat mereka,tp bila rakyat negara ini sendiri nak amalkan agama mereka,mcm2 hal pulak.

btw,i love sejarah .and i'm proud to be malaysian. :)

delarocha said...

"katakanlah (wahai Muhammad) : "Hai orang orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Al kafirun ayat 1-6


#kebebasan beragama dan melaksanakan ibadat mereka

ezza? said...

i ada baca entry dia tu.
yeahh, memang betul apa yang dia tulis.
malaysia sekarang politik cukup kotor.
tk tahu lah apa jadi lagi 10 tahun akan datang (masa kita nanti)
haihhhh

aRaN said...

terima kasih sis. serius terharu :)

mikhaelahmad said...

sekarang pos sudah semakin serius. lu dah boleh mengundi ke cik hanis rambut kembang oi?

Hanis Manis said...

preparation nak mengundi lah ni.

Acid said...

islam itu syumul. aku tak berani nk komen lebih2. ilmu agama aku pon cetek sgt. karang kalo aku tulis. ramai yg hentam. tapi bg aku la. pembinaan kuil tu ok. cume patung besar2 tu xperlu kot. sbb patung tu la diorg ade point nk jadikn mainan politik.

Chuck said...

gua sedih baca blog aran. sob sob sob.

Hanis Manis said...

@acid: aku agree ngan hang. kuil tu ok tapi patung tu macam tade function. mmg jadi point dorang.

RastaMat said...

ko memang perosak bangsa..
berambos ko dari negara ni!!!




















hahahahha....

mikki RANCHAK said...

read the post.
and penulis asal post uh macam.. sama ada kurang survey atau lahir di negeri yang salah.

it's kelantan..(duh)

mereka yang "hanjing" uh.. punya niat yang yang betul tapi pakai perkataan yang salah or even terlalu sensitive..i mean 'menyesatkan'? c'mon...what damage kan 'Buddha' actually do compare to eternal confusion provoked by 'Jesus' sampai perang salib bagai?

and semua yang respon sama ada..

"aku marah sebab dia kawan aku. dia nak bina temple besar roket Apollo terpacak sbelum nak berlepas pun aku kena sokong. AAAAAKU TAK KIRA! KEBEBASAN BERAGAMA FTW!"

or lupa yang our humanity pun ada batasnya. jangan sampai kita sibuk dok nak perjuangkan agama diorang sampai kita lupa salah satu tujuan sebagai orang islam sebenarnya ialah bantu membimbing mereka menuju ke jalan yang benar semula. mengingatkan mereka bahawa konsep Tuhan yang satu itu disembah mengikut arah Kiblay yang sama. dan bukan ukiran daripada kayu disalut emas..
kalau para nabi boleh, kenapa kita tak? oh jap. freedom of religion. sorry.
but membiarkan mereka bebas beragama samalah seolah2 macam kita menganut agama yang benar ni untuk kepentingan kita sendiri.
kalau betul sayang kawan, kita bantu dia pulang...bukan biar dia terus hanyut.

makan sepinggan tak prove apa-apa. sharing is sharing. this is nothing personal, but in the real world. everything's business. i do share my keropok lekor or shisha pipe with my non-malay friends... but my stand is..
"jangan sampai kau nak puaskan keperluan kau. iman aku rosak sebab tolong kau capai cita2 murni kau tu"

politik memang kotor. tapi kita pelapis, sebab tu kita kena ambil tahu so that 10 tahun nanti kita boleh undo mistakes yang our 'parents' do now.

p/s: tolong sampaikan kat penulis, jemputlah datang pindah ke Klang, Selangor. sini ja PKR dah tutup berbelas2 surau. Lina Joy yang murtad tu pun asal orang Banting. Slaughter house yg sediakan daging mentah for muslim banyak yg ditarik balik lesennya. Gereja yang sebelah Convent Klang uh dah macam Burj Dubai dah.
kalau nak pacak berhala besar kat bukit depan rumah ni pun, tada hal.
i memang suka tengok kepala budha emas tersengih kat luar tingkap ni ha.

*psst..Genting highland uh pun bukan orang melayu yang bukak. too many affairs involved. cant story here.

assalamualaikum :)

Hanis Manis said...

whats so special about kelantan sampai everybody nak make a fuss? hehh.

i do agree on you about the term menyesatkan. kemon lah.

but the next point u make me laugh. kau dah baca betol betol ke post aku? bila pulak aku nak perjuangkan agama dorang? i'm liberal. aku tak bercakap soal agama. sikit pon tak. i'm just pointing out the satire yang orang2 yang bertopeng ni bawak. menggelupur sangat pasal tak boleh bina kuil sedangkan benda2 lain yang dorang bina lagi bodoh. hello, tolong lah bukak mata.

like i said up there, bina kuil macam no big deal. tapi patung2 tu mcm tak payah. kau nampak tak aku tulis tu? so bila pulak aku sokong dorang nak bina patung sebesar rumah kau ke rumah aku? kahkah.

iman aku dah rosak lah pulak sekarang ni just because i'm pointing out the truth? woaahh.

aku tak suka ah cakap pasal agama. agama aku pon cetek sangat. yang aku kaitkan yelah fakta2 yang terpampang kat sekeliling kita. aku menyampah bila orang yang berlagak alim nak berdebat guna agama. oh pernyataan ni aku refer kepada orang2 lain. u're a law student kan? u know better, kalau guna point agama, mmg kalah mati lah.

tapi mmg point agama je lah yang dorang ada. since dia berlainan agama. point2 lain tutup mata. sebab ramai yang buat. ramai yang suka. bila pasal kuil, kecoh nak mampos macam ayam bertelur.

eh kemon lah. bukak mata.



p/s: kalau genting highland tu bukan org melayu yg bukak pun, ia tetap dibukak kat atas 'tanah melayu' kan? point yang dorang asik ulang ulang; TANAH MELAYU. hehh. tapi sebab genting highlands tak dibina kat kelantan, dorang tadelah menggelupur. kahkah.

erniemusliana said...

da bace gak entri die yg sedih tu. sobsss :'(

alaaa malaysia kan~

*bc dalam nada nyampah

Ries Lee said...

kita sama saja, bezanya cuma antra kita, jurang yang diada-adakan.

beloghakimy said...

mikki ranchak: one sentence. Dont be a keyboard warrior.

Hanis Manis said...

@ernie: Malaysia is okay cuma the people in it. including me i mean.


@ries lee: i agree on that. kita semua dicipta dari tanah jugak.


@kimy: macam nama dalam game je. hihi.

xNOHpatutdiBUNUHx said...

kepada kanda mikki ranchak ke ? haha

politik memang kotor. tapi kita pelapis, sebab tu kita kena ambil tahu so that 10 tahun nanti kita boleh undo mistakes yang our 'parents' do now.-ambil ayat ni dah simpan dalam gerobok hang naa.

buat apa nak tunggu sampai 10 tahun ? sekarang tak boleh ? kenapa takut dengan i.s.a ke bhai ? takut kena A.U.K.U punya seksyen ? hehe.kalau kau berani jom black block masa pru tak lama lagi,amacam ?

kau tak boleh nak tuju terus kat mamat aran tu.come on lah,dorang ada kepercayaan dorang juga.kita pun ada.ayat kau tu buat aku panas tangan nak hentam kau balik sebenarnya.apa kata kau bimbing aran masuk islam,apa macam ? jangan cakap tak pakai akal kawan..nikmat tu.rugilah kau ni..masing-masing ada bentuk hati yang lain.tengok dalam komen entrie ni..macam-macam jenis komen ada.Agama Islam tak memaksa seseorang itu untuk menjadi seorang islam.segalanya,Yang di-Atas menentukan.

aku bukan jenis orang yang pluralisme,tapi aku jenis pakai akal aku ni.orang pandai cakap pasal agama,tapi dia sendiri terhuyung-hayang.macam mana sebenarnya tu ? tak ke berdosa tu ?
kata pergi solat,padahal lepak dengan taman..sambil hisap cigar.

kenapa kelantan tak boleh bina temple?
kenapa masa zaman kegemilangan islam,baitulmaqdis boleh menerima orang kristian yang mendiami kota tu(perang salib). ?

apa kata kau ?
Islam tu indah kan ?

AKU TIDAK SOKONG KERAJAAN YANG TIADA FUNGSI DAN HANYA TAHU MENINDAS DAN MENGEKSPLOITASI RAKYAT. FUCK OFF !

p/s:takut ke nak cerita pasal Genting ? tak perlu takut kalau itu benar.

REVOLUSI'48 !

Hanis Manis said...

man, lain kali kau buat entri baru je kat blog aku ni ha ///


kihkih.

Nazrin Saad said...

Semua ni jadi sebab Kelantan tidak ditadbir oleh kerajaan.

Kalau kerajaan nak buat benda ni di Pahang, contohnya, people will regard this as a 1Malaysia themed place. How government care about their interracial citizens.

Tapi bukan di Kelantan. Tempat di mana apa saja yang dibuat PAS itu berdosa dan salah.

Susah hidup dalam komuniti korup yang menggunakan politik sebagai tangga untuk naik dalam komuniti.

Kesian Aran.

p/s : Sorry Hanis. Aku tak pandai censored the thing that I hate. Feel free to not approve this. Takut ISA kejar ko pula.

Hanis Manis said...

eleh. ISA je. kahkahkahkah.

Lucifer said...

wow, aku terlepas di sini. -.-"