Tuesday, August 10, 2010

humuhumunukunukupuapua.

kuih sampan.
air soya cincau.

nasi tomato dengan ayam percik.

aku dah tak sabar nak pergi bazaar.


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira



bila nak buat entri puasa, mesti otak terfikir makanan sedap sedap dan air yang bewarna warni jual kat bazaar dan mulut nyanyi lagu raya yang dah setiap tahun dengar. padahal puasa pon belum mula lagi. kenapa tah macam tu. mungkin orang orang macam saya tak cukup kenal erti bulan puasa. dah duduk lama depan ni, still beriya iya nyanyi macam esok dah nak raya, tapi satu main point pon tak ada lagi. haiyaaa. nak pergi stanza dua lah. boleh nyanyi lagi. hee.


Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa


best betol makan dengan lecturer, dia belanja. siapa kata duduk dengan lecturer akan cakap pasal ilmiah je? tipu tu. tadi lunch dengan lecturer cakap pasal how to get pregnant. bahahahaha. cukop ilmiah tak topic? aku suka lecturer tu sebab aku rasa dia style sanggup letak penutup tong sampah atas kepala hanya untuk mendescribekan sesuatu. and aku suka dia sebab kitorang tak payah panggil dia sir. and and aku suka dia sebab membenarkan kitorang pakai spender di luar, seluar di dalam datang ke class *menunjukkan identiti sendiri , i mean* and and and aku suka dia sebab dia rare. nama dia CK, he's a chinese and dah tua tapi tak pa, aku suka jugak. :)
jom jom nyanyi lagi.


Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi


tadi kan, tadi kan, tadi kan, aku officially jadi pencegah maksiat. hahhh! cukop hebat tak? aku rasa aku cool kejap. pencegah maksiat yang berambut perang, berkuku merah dan sebiji ulcer di lidah. haha. rasa ajaib oh sebab aku yang mencegah, bukan aku yang dicegah. lalaalalaalala. teruja bila masok je class, tengok mereka tengah _______. haaaaaaaa. pastu kenapa tah aku pulak yang malu. haha. tak tahu nak buat ekspresi macam mana. then yang perempuan sorok belakang dinding. betol betolkan tudung. yes take note people, tudung labuh mampos boleh buat khemah kenduri kahwin 7 hari 7 malam. haha. bajet aku tak nampak lah. kau sorok belakang dinding pon, tudung kau lagi besar dari dinding. weeeeeee. pastu yang lelaki, menggelabah macam gila. cakap semua berterabur. rilek laaa der, tenang sudah. berani buat, berani tanggung lah. kan? kan? perempuan tu tunggu je belakang dinding sampai aku keluar. aku pon tak tahu motif dia apa. mungkin dia ingt dia ada kuasa halimunan kot.

oh ya, lupa nak cakap. aku masok class tu bukan sebab nak join tapi sebab aku nak cari buku yang tertinggal. semua benda ada hikmah kan. lepas dah keluar, aku macam hesitate. nak report, tak nak, report ke tak nak. tapi at the end, kaki dengan laju melangkah ke pejabat. sebab aku nak tahu perasaan orang yang mereport. *asik aku je kena report. cett* after report, satu pejabat nak jadi ahli pencegah maksiat secara sukarela. haha. kelakar kan manusia manusia ni? salah orang mesti laju jeeee, salah sendiri, buat tak nampak. aku harap mereka dah berkahwin. tapi mungkin mereka tak ada rumah nak melepaskan rindu. dan aku harap mereka tak dikenakan tindakan apa apa. *so apa motif kau report do?*

aku percaya pada hukum karma. i believe what goes around comes around. so ini akan aku jadikan pengajaran. JANGAN BERASMARADANA DALAM CLASS WEI. :D


Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


dulu masa nyanyi part ni, mesti aku nyanyi "kuaci dan dodol". bila dah selalu sangat kena gelak, belajar cakap wajik. *wajik tu apa tah* aku imagine wajik tu macam kuih lapis yang kaler hijau dan kuning. hee.

kan aku dah janji, next entri tade lagi post yang sedih. :)

selamat berpuasa semua.
berjuang lah anda melawan perut, asap dan nafsu.
semoga berjaya.



bila cakap pasal puasa, hati berdebar do.
tahun ni, bersungguh sungguh nak puasa.
kita lihat apa kata survey.

6 comments:

mikhaelahmad said...

okay, aku tipu sebenarnya.

Hanis Manis said...

haha. booooo.

Hawa Power said...

whoaaaa cool gilaaa tangkap orang! kalau kte jadi haniskan, kte duduk situ lama lama tgk dia buat apa. hahaha berkulatlah kau dekat dinding tu :)) tudung kte tak labuh so kenduri kawen kte 3 hari je okayy sila datang :))

Hanis Manis said...

bahhhaahhaha. hawa punya tudung bukan 3 hari, tapi 1 hari setengah sebab x pakai serkup and slalu pin cacat. hahahaahah

Atiqa Arazmi said...

i like !!! tudung labuh mmg sampah!!

honeymhouri said...

larr... awat ko tak capture vid k??? boleh wat mv utk c.a. ngan Dr Rai nanti =D