Friday, April 8, 2011

saya memang pelajar yang gigih


jadi al kisahnya, saya meminggir diri beberapa hari (berhari hari juga lah) untuk belajar menjelang final yang di hujung simpang ni.

serious ni, memang serious belajar. dah tiada alasan untuk tak belajar; assignment dah tiada, teater dah habis. ya, masa untuk belajar dengan gigih untuk seminggu.

seminggu je study week untuk 5 subjek yang selama ni kelas pun jarang pergi.

hari yang keempat dalam seminggu (tiga hari sebelum tidur puas puas cas energy) :

alaaa, easy je ni.

5 minit kemudian..


perut dah mula berbunyi, kepala dah berdenyut, tangan dah menggeletar.
ah, jangan ikut sangat kata hati tu. mesti boleh ni!


5 minit kemudian...



mata dah kecik, buku dah nak jatuh ni!
sabar, sabar!


2 minit kemudian....


eh tak lah, mana ada tidur!
itu namanya belajar menggunakan mimpi.
hebat kan? tau dah.



bukan malas, energy tak cukup cas.














notakaki: ni bukan hanis lah yang update blog. kan dia dah berazam tak nak berblog. hisssh.
notakakikaki: hanis tengah study dengan gigih tu; kat depan laptop.

19 comments:

MATAHARI said...

hi5!


aku pun belajar gunakan mimpi.



aku curious ni, kenapa aku asyik gelak-gelak baca entri kau ni. -.-"

s.u.h.a said...

haha. sama la. mmg mata cepat jah nak kecik bila baca buku.

aRaN said...

gd luck :)

Dark Half said...

tip exam week:
1- ketepikan laptop. mula study dgn gigih. caiyok!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*nantokk!!*
2- on laptop an ofkos on9
3- blogwalk 3 blog jer! + 5 minit layan fb. kesannya...
.
.
.
.
.
.
.
.
mata kembali membulat!
4- off laptop, sambung study
5- jika mengantuk lagi, sila ulang step 2 dan 3..kikiki

lavender harum wangi said...

gigih gila. gila pun tak gigih ceni~ -.-" btw, gud luck. :">

iwan de la roc said...

good luck

iwan de la roc said...

moga soalan exam keluar dalam mimpi :-)

ghost writer said...

kim salam jer lar kat hanis kalau dia dah sedar.

study mana leh main-main...

Myra Z.A said...

OH YES !INI ENTRY PENGOBAT RINDU!!!!!!!!

Valossa Vicious said...

So this must be Hanis from The World?

Terharu tengok perjuangan the other Hanis.

Hehe

All the best for the final yah!

Hanis Manis said...

@matahari: hi10! haha. mungkin sebab kau baca entri aku dengan pandangan kelakar kot. hee.


@suha: kan? kan?


@aran: gudluck jugak. :)


@darkhalf: thanks for the tips. tapi kalau asik ulang step 2 & 3 je camne? hihi.


@lavendar: mmg gigih gila. gdluck jugak! :)

Hanis Manis said...

@iwan: amin! :P


@perempun gila: hahah! ini entri malas study namanya! saya rindu awak jugakkkkk!


@GW: okay nanti saya btau dia okay?


@Mr V: haha. haah hanis from The World. ;)

MATAHARI said...

hue hue hue,

Hanis Manis said...

@matahari: lepas ni aku nak buat entri serious. serious ni!

RastaMat said...

masri manis..

MATAHARI said...

ye, ye, kalau aku mampu gelak, macam mana?

Zie said...

baca sebelum tertido dapat meningkatkan ingatan anda....jd bacalah buku tu sampai tertido!!!!!

nurulSYAFIKA. said...

ahaha hanis, mmg slalu mcm ni. malas betul nak study

Mia L. said...

HAHAHAHAHAHAH..
aku agree dengan matahari, kenapa aku nak tersengih baca blog anda eh?
U are funnayh. haha