Monday, April 26, 2010

kecil kecil dulu kala

eeek eeek eeek. *bunyi buai kat luar rumah*

dengan afit dan nyamok.
cerita cerita masa time kecil.
ahaahahahahahha. dah ada masa, nak letak time lagi. hehh.
typical malaysian.

hanis belajar naik basikal masa umur 11 tahun. sebab duduk kondo, tak ada tempat lapang main basikal. basikal pun tak ada. bila tengok kawan kawan pegi sekolah naik basikal, selalu terfikir macam mana dorang boleh naik benda bergerak yang ada dua tayar. hebat betol. masa umur 11 tahun dah duduk rumah teres. boleh lah paksa mama belikan basikal. basikal besar colour merah. bila balik kampung, sepupu ajar naik basikal. jatoh sampai luka luka, darah banyak. tapi seronok sampai lupa rasa sakit. hee. masa first time nak pegi sekolah naik basikal, excited sampai jatoh. terkoyak baju. sory ya mama. :' )

dari kecil pegi sekolah pakai pinafore, tak pernah pakai baju kurung. tapi masa tu pergi sekolah cina, so tak ada lah rasa awkward sangat kan. tapi bila dah masok sekolah kebangsaan, budak perempuan tak nak kawan dengan hanis. sebab hanis tak pakai baju kurung, pakai tudung macam dorang. selalu kena ejek ejek, kena pulau duduk sorang sorang kat belakang class. sedih betol bila pegi sekolah. dorang selalu kata, hanis bukan islam sebab rambot perang. tah hape hape tah. budak laki je nak kawan. teman makan kat kantin, pegi library ramai ramai, tolong sapu kan sampah sama sama. mungkin sebab tu lah sampai sekarang, lagi selesa kawan dengan budak lelaki dari perempuan. sebab budak perempuan banyak cakap belakang. haha.

masa kecil tak pernah simpan rambot panjang. sebab pegi sekolah cina, kena pakai getah ikot kod warna dan ketebalan. macam macam hal so mama kata leceh. remeh. temeh. so potong pendek macam lelaki. sedih betol tengok rambot budak perempuan lain rambot panjang. jeles nya. sampai sekarang, rambot hanis masih pendek. azam tahun ni, nak bela sampai pinggang. yeahhhhh. ahahahahaha. :DD

banyak lagi cerita tapi susah lah nak cerita kat sini. bahaya.
bak kata someone, satu dunia boleh baca. ahahaahahaha.
time untuk afit pula cerita ya.

dulu masa kecil, afit tak suka pegi sekolah. nak pegi sekolah je mesti nangis. afit nak ikot abah pergi kerja. :' )

masa darjah empat, afit pindah putrajaya, ada banyak kotak. teruja tengok kotak tu, so afit tidor dalam kotak. best.

afit buat rumah pondok guna kusyen sofa.

afit suka pegi rumah sepupu afit sebab dia banyak mainan. rumah afit tak ada mainan best.

afit minum susu sampai darjah satu. sebab tade sape nak pakai botol susu tu, so afit lah pakai. afit sedih bila along kena marah sebab tak nak buatkan afit susu.

masa kecil, afit tak suka makan. nasi sikit je, sayor tak nak langsong.

afit hari hari tidor dengan ibu. bila afit dah besar sikit, afit kena tidor bilik along, tapi bila bangun pagi, tiba tiba afit kat bilik ibu balik. *muka happy* :)

afit main mancis. bila dengar macam ada orang datang, afit buang kat dalam tong sampah pastu pegi keluar main. bila balik, kena marah sebab bakar tong sampah. mana lah afit tau api tu menyala. ahahaahaahahhaha.

afit rapat dengan abang emir. dia ajar afit main gitar. afit selalu gadoh dengan abang yen, tapi sekarang dia dah besar. dah baik. :)

afit suka makan kicap kipas udang colour merah yang manis tu. kalau tak ada kicap tu, afit tak nak mkn. afit boleh mkn mee kuning letak kicap je. makan maggi pon dengan kicap. *eeeeeeeeeeeeeeee geli tekak*

afit panjat pokok kat tepi longkang. afit tersalah capai ranting, patah. terjatuh dalam longkang. sakit sangat. afit nangis. ada apek jual yong tau fu naik motor dengar, dia tolong hantar balik rumah. baik betol apek tu.


awak ni comel lah. :' )


bila dah kawin afit nak belikan semua benda yang hanis tak dapat masa kecil dulu.

5 comments:

fussy messy! said...

comel gyle wey!

Hanis Manis said...

sape? i ke afit? i en? en?en? ahahahahah

fussy messy! said...

tettt!
slah!
one more!
tett!
mestilah pakcik ahmad!

mikhaelahmad said...

jangan potong rambut!

sha :) said...

"bila dah kawin afit nak belikan semua benda yang hanis tak dapat masa kecil dulu."...

awwwww :')

comel laaa~~ ^_^