aku pun ada boyfriend okay. betul ni ada.
bila baca entri blogger lain lain yang sweet sweet macam jagung manis kat pasar malam pasal kisah cinta dorang, aku mesti tersengih. kadang kadang tersengih yang 'aww' tapi mostly tersengih yang 'hehhh'. kahkahkah.
sebab yang 'awww' tu ialah bila melihat penulis menulis secara endah tak endah tentang cinta mereka. seperti ada dan tak ada dalam entri tu, tapi kita sebagi pembaca tau, dia ada. okay yang itu, memang 'awwwwww'.
sebab utama yang tersengih 'hehh' tu ialah bila melihat daisypath mereka; 3 weeks, ada yang 3 months, 5 months, paling koman pun 6 bulan, top. tetapi bila bercerita cinta, macam dah sehidup semati tujuh keturunan, janji janji manis dah bersepah keliling belog, gambaq tak yah cerita lah and kalau boleh setiap entri nak cerita pasal cinta korang, impian korang, dan hal hal korang. okay yang itu, sangat muak. tolong lah jangan sesape terasa. tolonglah, jangan. hahaha.
dalam Candy and some Grass, nak tau tak ada berapa banyak entri direct untuk dia? jom kita kira;
hah, dah setahun dua bulan seminggu lima hari blog ni wujud, cuma ada tujuh yang obvious terang tang tang untuk dia, nama dia, gambar dia. bukan tujuh kali sebulan, tujuh kali seminggu atau tujuh kali sehari okay. haha. yang selit selit berkias kias tu banyak ah. tapi nak sebut nama jelas jelas, memang tak. nak letak gambar pun susah. bukan nak berahsia, bukan rasa special sangat, cuma rasa tak cool nak tayang tayang macam kat panggung wayang kan? haha.
tapi yelah, aku faham. cerita cinta korang best mampos. setiap meseg diterima sangat bermakna sampai kena post. gambar gambar korang memang khazanah muzium dan hal hal korang memang berita utama kena dipampang. ye aku tau. sebab tu aku tersengih. kihkihkih.
jealous? haah, aku jeles gila siput bila korang ada keberanian dan ketebalan muka untuk menghapdet setiap entri berkenaan cinta hati, i mean setiap memori. sangat jeles.
kalau nak banding, aku ada lagi banyak memori meremang, kenangan tersipu sipu, mesej cair cair. kenapa pulak kau tanya? sebab kisah aku bukan dua tiga bulan dah bercerita kencang. tak tak, aku lupa nak cakap, kisah aku dah 3 tahun nak masuk 4 still counting. tapi aku cuma, ermmm malas nak cerita. well, a good story is the one untold.
aku bukan lah nak cakap besar. yelah nanti korang kata aku belagak pastu nanti korang cakap dalam hati: "heleh, baru 3 tahun bajet bagus, putus nanti tau lah". alololololo jangan lah cakap macam tu. buat penat je, sebab kitorang tak kan putus pun. kahkahkahkah.
jadi untuk readers yang selalu tanya aku dah ada boyfriend belum, aku ada. dia macam mana? well, aku je tau dia macam mana. all i can say is, tiada lagi lelaki macam dia. enough said.
ha kan aku dah kata, aku pun ada lah gambar gambar vain berdua. kihkih.
hey, aku sayang kau lah, BilisWira.
#notakaki: ha masuk ni dah entri kelapan lah kan?
35 comments:
belum ada
rasa kelakarlah post ni.hehehe. xD
dan memang betul yang kamu cakap tu,memang muak kalau setiap entri nak cerita pasal segala impian dan segala cerita.hahaha
anyway,cool lah.almost four years! hope korang kekal. ;)
"well a good story is the one untold." saya suka ayat ni!
entri ni tidak memuakkan macam org lain punya :)
baru lapan kan?sikit je tu.
that quote is from me. main reka je. hihi.
hah baru lapan. haha.
entri ini memang manis! :)
@ernie: adoi. manis tang mana tu? rasa macam tak cukup gula je ni. heee
nice one hanis! ahaa :D
manis sebab sampai org yg bce pun boleh tersenyum?:)
Oh finelahh weyy. Kau kutuk aku kan. AKu long distance relationship. Mesti kena ceritaaa. Ingat korea tu dekat? HAHAHAHAHAHAHA :P
perghhh...
aku ada..tapi takde. huhuhuhuhuhu
post ini memang manis.. sygnya bf kamu tu tak berapa manis. hakhak.
semoga entri ke tiga belas kamu berdua dah bertunang. :)
saia merasa jeles tahu!haha~
@hawa: HAHAHAHAAHA. memang serious memang blog ni ditujukan kepada kamu wahai girlfriend top! hahaahaha!
@FH: bukan tak berapa, mmg tak manis pun!
@GG: woaaahhhh, amin aminn aminn! :)
@bujal: alamak! jangan ah jeles. ainul kan ada. heeee.
i baru satu! meehehe. ala comel korang berdua (:
aku pernah kapel hampir 8tahun... tapi last2 break. yg aku kawin ni, baru kapel dekat setahun dah kawin. heheheh ironik sungguh.
anyways, aku faham bila kau meluat dgn org yg melalut pasal crita cinta mereka ...aku pun slalu begitu bila baca blog2 dedikasi cinta.apa pun, yg penting masing2 ada pendirian
hehehehe
@waz: u're married?? omg, that's a surprise how come i baru tau? haha. well that's the best part kawan maya ni. heee. anyway, i totally agree. benda benda macam tu boleh jadi. tapi i mintak simpang lah. sebab tu i malas nak bercerita kencang sangat nanti apa pon tarak. kahkahkah.
hanis! sorry i didnt tell u? aku kawen bulan 3 hari tu...:>
apa pun, aku doakan kau dan sipolan mu kekal sampai ke anak cucu. :D suma ni soal jodoh, doa kuat2 insya-Allah dapat. biar la org2 yg merepek melalut di blog pasal cintan cintun tu hehe
aku rasa awkward gila kalau letak benda alah daisypath tu kat blog/myspace/frendster profile aku.
eh? mana ada orang main myspace lagi.
@waz: omg!!!! how come u tak bgtau i!! grrrr. i x nampak pon entri u pasal tu???
HA KAWAN KAWAN, SILA JADIKAN CIKGARISGARISHALUS NI SEBAGAI CONTOH; SAMPAI DAH KAWIN PON TAK CAKAP KENCANG.
hahaha. belated congrates btw. i agree, jodoh bukan kat tgn kita. tapi kalau boleh i x nak jadi mcm u. bercinta sakan ngn org lain, kawin ngn org lain. adoi. :(
@irshadim: ada. adik aku.
@waz: okay, i found the entri. kat pointless pursuit kan? but not even a single photo?? omg! u memang terok okay. heeee.
Hanis ,rindu gila.sangat.gila.dah nangis dah sekarang.
hahah i went back to the entry n saw ur comment. hihi tergelak kecil pulak. anyways, i made that entry pun with a big guilt coz i dont wana brag about my love life.tadak gambar? nanti aku letak biiggg biggg picture for u. hahahahaha wait :D
heads-up: kami kapel tak comel. hahahaha
nama kemain lagi BilisWira.
haha.
belum ada, dan tak nak ada lagi. haha
:D
http://salwaismail.blogspot.com
hang kutuk Mael ka wei hahhaha gurau ja
@lucifet: hahaha. nama Raja Afiq. tapi sebab badan besar sikit dari bilis, jadilah wira kepada bilis bilis sekalian. haha.
@aran: mael tu sape wei? aku sebenarnye nak perli 'orang' tu, tapi dia tak sampai sini lagi. hahahaha.
@myra siperempuan gila: oh emm jee! i pon rindu u sangat. bila kita nak jumpa babe? :(
@waz: i really looking forward for the picture. hey biar tak comel pon, asalkan kawin jugak! hihi.
#aku typo nama lucifer. kihkih.
keh3. kau on9..
hoy, kacak ah encik boyfriend kau Hanis.
er.dia ada abang?
@larasephia: ada ada. ada dua lagi. tapi syorkan abg no 2. hee. kakak pon ada kalau nak. hihi.
KAH KAH KAH!
tau dah lambat komen tapi nak cakap jugak:
hoy, comel lah korang buat muka camtu
@silentme: kihkihkih!
@darkhalf: hehehe. menyampah kan?
Post a Comment