Tuesday, June 28, 2011

entri manis semanis jagung manis harga 3 ringgit.

aku pun ada boyfriend okay. betul ni ada.

bila baca entri blogger lain lain yang sweet sweet macam jagung manis kat pasar malam pasal kisah cinta dorang, aku mesti tersengih. kadang kadang tersengih yang 'aww' tapi mostly tersengih yang 'hehhh'. kahkahkah.

sebab yang 'awww' tu ialah bila melihat penulis menulis secara endah tak endah tentang cinta mereka. seperti ada dan tak ada dalam entri tu, tapi kita sebagi pembaca tau, dia ada. okay yang itu, memang 'awwwwww'.

sebab utama yang tersengih 'hehh' tu ialah bila melihat daisypath mereka; 3 weeks, ada yang 3 months, 5 months, paling koman pun 6 bulan, top. tetapi bila bercerita cinta, macam dah sehidup semati tujuh keturunan, janji janji manis dah bersepah keliling belog, gambaq tak yah cerita lah and kalau boleh setiap entri nak cerita pasal cinta korang, impian korang, dan hal hal korang. okay yang itu, sangat muak. tolong lah jangan sesape terasa. tolonglah, jangan. hahaha.

dalam Candy and some Grass, nak tau tak ada berapa banyak entri direct untuk dia? jom kita kira;








hah, dah setahun dua bulan seminggu lima hari blog ni wujud, cuma ada tujuh yang obvious terang tang tang untuk dia, nama dia, gambar dia. bukan tujuh kali sebulan, tujuh kali seminggu atau tujuh kali sehari okay. haha. yang selit selit berkias kias tu banyak ah. tapi nak sebut nama jelas jelas, memang tak. nak letak gambar pun susah. bukan nak berahsia, bukan rasa special sangat, cuma rasa tak cool nak tayang tayang macam kat panggung wayang kan? haha.

tapi yelah, aku faham. cerita cinta korang best mampos. setiap meseg diterima sangat bermakna sampai kena post. gambar gambar korang memang khazanah muzium dan hal hal korang memang berita utama kena dipampang. ye aku tau. sebab tu aku tersengih. kihkihkih.

jealous? haah, aku jeles gila siput bila korang ada keberanian dan ketebalan muka untuk menghapdet setiap entri berkenaan cinta hati, i mean setiap memori. sangat jeles.

kalau nak banding, aku ada lagi banyak memori meremang, kenangan tersipu sipu, mesej cair cair. kenapa pulak kau tanya? sebab kisah aku bukan dua tiga bulan dah bercerita kencang. tak tak, aku lupa nak cakap, kisah aku dah 3 tahun nak masuk 4 still counting. tapi aku cuma, ermmm malas nak cerita. well, a good story is the one untold.

aku bukan lah nak cakap besar. yelah nanti korang kata aku belagak pastu nanti korang cakap dalam hati: "heleh, baru 3 tahun bajet bagus, putus nanti tau lah". alololololo jangan lah cakap macam tu. buat penat je, sebab kitorang tak kan putus pun. kahkahkahkah.

jadi untuk readers yang selalu tanya aku dah ada boyfriend belum, aku ada. dia macam mana? well, aku je tau dia macam mana. all i can say is, tiada lagi lelaki macam dia. enough said.



ha kan aku dah kata, aku pun ada lah gambar gambar vain berdua. kihkih.


hey, aku sayang kau lah, BilisWira.









#notakaki: ha masuk ni dah entri kelapan lah kan?

Monday, June 27, 2011

kawan kawan, tolong lah aku.


plan:

aku nak berenti, cepat cepat dapatkan lesen, enjoying my real holiday, spend more time with people and get a life (bukan stuck kat kuala selangor ni bekerja 13 jam sehari).

point nak berenti:

aku susah dapat cuti, sebagai budak baru, aku asik kena tolerate dengan mereka yang lain. akibatnya, kelas memandu aku asik tertangguh. dah dua bulan berlalu since aku daftar, aku tak amik lagi kelas memandu. yeah, wth aye?

situasi:

1. khamis ni dah gaji.
2. kekurangan staf. (aku kesian lah pulak)
3. boss ni serious kaki bomoh. dia sendiri mengaku okay.

question is:

should i just go right after dapat gaji (kira jumaat tu tak yah datang dah) or should i tell her before khamis yang i nak quit?

other point to think about:

1. kalau aku blah je lepas dapat gaji, dia bukan ada alamat aku, no ic aku, apa pun dia tade. masa dia amik aku kerja, memang buta buta je amik kerja. macam cun gak kalau blah je, tapi like the situation stated up there, bos ni kaki mendrem sandrem papedem laaaa. mane tau dia makan dalam berdendam dendum ke, siodd jugak en kalau pape jadi. ceiitt.

2. kalau aku terus terang bagitau aku nak berenti, nanti dia nak potong gaji aku half sebab tak bagi notis awal. adoi da lah haritu gi shooting kena potong lagi tanpa gaji. shit shit.

3. kalau aku bagitau aku nak berenti, nanti dia pujuk pujuk, adoi ni yang lemah ni. tapi sampai bila aku nak dapat lesen? bulan 9 nak sambung belajar lagi. seriously, aku tak pergi jejalan mana mana lagi. aggghhh.

4. tapi en, kalau dia ugut nak potong gaji, aku boleh beta balik sebab tade surat agreement hitam putih kan? eh yeke? ish tak tau lah pasal law law bagai ni.













seriously, tolong lah aku.






#notakaki: korang faham tak? faham kan?

Thursday, June 23, 2011

anything, just call me.

yeah. aku suka ayat tu sekarang.

kihkih.

semalam tak sempat update, shooting habis lambat. sampai rumah, tak ingat ape dah. ape tah jadi semalam.

semalam shoot dalam studio guna green screen. dari pagi dalam studio memang boleh jadi si tanggang.




today shoot indoor jugak tapi dekat kilang fire fighter shah alam. yang ni aku tak snap picture banyak, busy sangat. ececeh.




esok, talent ada 30 orang. adoi, ramainya.

harini dapat callsheet and shootboard dalam tangan. padehal dah hari keempat shooting. ciss, mesti dorang baru sedar betapa pentingnya aku.

sekali tengok kat work sheet, ha tu dia. Hanis, assistant producer. hamik kau. siap dengan nombor fon.

tapi, aku tak paham betol. ini kali pertama aku ikot shooting, dah dapat tugas berat macam ni. duit beribu dalam beg nak bayar payment sana sini, claim sana sini, call orang tu orang ni, deal macam tu macam ni.

adoi, blur mampos.

tambah pulak bila dorang guna term term professional ni, ha lagi aku blur. buat muka taik cicak kena jentik.

"call shoot bila eh?" (?)
"production ni in house video eh?" (?)
"wrap shoot pukul berapa?" (?)

tah ape menatang lagi lah yang dorang sebut. buat aku nampak bebai betoi lah.

okay lah setakat ni, esok pagi buta nak shoot kat mont kiara pulak. malam ni nak deal catering lagi, so sekarang perlu tidur.

anything, just call me yah?

kihkihkihkih.

Tuesday, June 21, 2011

quick update

super quick.


we went to shoot today. kat putrajaya, KLIA highway billboard and ampang for Kuala Lumpur skyline.

memang serius panas and penat. tapi today shoot buildings je.

esok 'talent' datang. lagi ramai, lagi payah nak handle lah.





















#notakaki: esok nak pakai catering harini baru nak cari caterer. ada ke yang nak masak last last minute ni? oh, no. bantulah saya.

#notakakikaki: 'talent' means pelakon extra dalam iklan. mereka dipanggil talent.

#notakakikakikaki: semenjak dua menjak punya post menimbulkan banyak tanda tanya. sedih betol.

Monday, June 20, 2011

penat gila. gila penat.

current activity:

amik cuti emergency seminggu kat butik then join production crew buat corporate video untuk Matrade.

emergency lah tu. kihkih.



*************************************************


setelah dua minggu result keluar, baru harini aku dapat tengok.

lain kali jangan mengada tak nak bayar yuran 15 hinggit kalau tak nak result disekat berminggu minggu *yang katanya maksimum 3 hari. hehh*

keputusannya, jatuh 10 point.

tak lah, aku tak salahkan teater. langung tak.

walaupun aku ada 5 production sem lepas, aku tak salahkan teater. serious.

aku salahkan diri sendiri. sebab tak pergi kelas dan tidur membabi buta.

syukur lah. *tarik nafas lega*


















#notakaki: harini first day pergi tengok lokasi. serius, cool. rasa macam orang penting.

Thursday, June 16, 2011

dalang wayang













they ain't 'friends', sweethearts.

20 minutes of coldness


budak 2 tahun melambai lambai ke aku, memanggil manggil namaku.

gelagat comel, riang tawa, pelbagai mimik muka bermediumkan skype.

"kakak! kakak hanis! anty hanis! yaya ni yaya ni"

aku diam.

tanpa balas, tanpa senyum.

dingin aku memerhati.

baru aku tau, keras jugak hati aku ni. serious, baru aku tau.

budak feveret pulak tu.



Tuesday, June 14, 2011

OHHH EMMM JEEEE



this is the cat i've been telling you.


nama dia... ermmm nama dia June.

memang boleh buat orang senyum kan?

hihi.

















#notakaki: *senyum*

#notakakikaki: eh badan dia memang berkedut macam tu lah. barulah fluffy. kihkih.

cik blogspot, kenapa ni?


okay, sangat depressed. i really wanted to upload my new doodle. i just learned it masa pergi bundle haritu. its a cat, a fat one. tapi nampaknya cik blogspot dah mula menunjukkan perasaan hasad dengki.

i really wanted to show that cat. bersusah payah doodle walaupun mouse kena curi. walaupun cat tu macam agak menggeletar sebab guna cursor je. argghh.

and plus, my blog is getting serius this days, i dont like that. it makes my blog doesn't taste like candy anymore.

and plus, i hate my job.

and plus, i still can't check my last semester's result.

so i guess, the cat should be here. kan?




















#notakaki: kenapa kucing? jangan tanya.

Sunday, June 12, 2011

mempertahankan tanah Melayu

kahkahkahkah. gila politik title entri. rasa nak muntah.




bila aku baca entri serius dia yang berjela ni, aku rasa sedih tiba tiba. mungkin sebab aku tak penah fikir perasaan golongan minoriti yang bewarganegara Malaysia. dorang pun nyanyi juga lagu Negaraku macam kita, tapi kita nak bina kuil dia tak boleh. dihanjing hanjingkan. bagi alasan sebab nanti menyesatkan orang Islam. ni lagi satu bodoh. memang agama kita lain lain tapi tade agama yang ajar benda jahat. benda yang dah terang jahat, tak nampak. kalau nak kira menyesatkan Islam, baik bom je area Changkat KL tu atau kilang arak sebesar besar alam kat Shah Alam bandar Anggerik *yang konon wayang pun tade*. kahkahkah.

Tanah Melayu? hak Melayu? ya, korang betol. aku pun belajar sejarah. tapi tak payah obsesi lah, sampai agama pun nak dipolitikkan. bukan ke Malaysia mempraktikkan kebebasan beragama. apa lah yang nak dikecohkan sangat kuil nak dibina di Serambi Mekah. *menyampah aku dengan nama ni* itu kuil, tempat sembahyang dorang, bukan tempat perjudian. kes pelacuran yang sampai sekarang tak habis habis lagi kat Kelantan tu apa cerita dei? tutup mata je sebab pelacur tu semua melayu? kuil tak boleh sebab untuk orang Buddha?

orang Buddha Thailand layan orang Melayu kita elok elok. aku pergi sana dengan family aku, azan setiap waktu ada, dalam hotel murah murah pon siap ada tanda kiblat. cuba kalau saudara kita kat sana dihanjing hanjingkan sebab nak bina masjid, tempat beribadat. macam mana? karma is a bitch, kena beringat tu.

aku jadi lagi sedih sebab aran tu member aku. aku tau dia macam mana. kalau korang nak tau, dia tu sangat cintakan negara kita, budaya kita. dia sangat respect orang Islam. dia sendiri banyak nasihatkan aku. bila bulan puasa, dia sendiri pun tak makan. kitorang ni pemain teater, banyak budaya Melayu yang diterapkan tapi sikit pun aku tak nampak sikap prejudis dia kat kita. tapi kita? negara makmur my foot.

ahh, benda ni susah nak cakap. sensitif sangat. orang boleh label aku penjual bangsa, perosak agama hanya kerana entri aku ni. *peduli pulak aku* tapi kalau dipandang dari nilai humanity, salah ke nak bagi dorang tempat untuk menunaikan kepercayaan dorang hanya kerana agama kita berbeza? lupa ke kita dorang pun manusia?






"cukup la aku diberi hak rumah untuk aku tinggal. cukuplah aku diberi peluang untuk aku belajar di IPTA. cukuplah aku diberi tanah untuk ditanam jasad aku bila aku mati kelak. cukuplah. aku bangga jadi rakyat Malaysia. aku bangga jasad aku ditanam di tanah air tercinta aku ini kelak."

Aran Crikwong


Saturday, June 11, 2011

kemonnnn lah.


"kalau orang korea pakai skirt tak pelah, body dorang hot"
"peha gemok, badan pendek, ada hati nak pakai skirt, kalau cantik tak pe lah jugak"
"orang korea pakai skirt tak pe, sweet je mata memandang, sopan je nampak"

wth.

kemonnn lah wei.
apehal bodoh bebenor ni.


orang kafir ke, orang melayu ke, dosa pandang aurat kan sama je.
kau pandang kafir tak pe, pandang melayu dosa?

kemonnn lah kemonnn.


melayu badan hot, pakai skirt boleh. molek, sedap mata memandang. melayu tak cukup hot, dosa? pelacur katanya.

kemonnn laaaaa kawan.


freehair je tak pe. sikit je. common. tapi pakai skirt, pakai shorts, dosa bebenor. lain lain kategori gamaknya ye?

wei, seriously, kemonnn ah.


malas lah nak cakap pasal agama. aku tak layak, aku tak nak pon. tapi orang melayu ni suka sangat sembang kencang pasal agama padehal yang bercakap tu duduk terkangkang.

kemonnnn lahhhh.


aku tak cakap benda tu tak salah, aku tak cakap perlu digalakkan. aku tak cakap ape pon.
cuma tu lah, tak payah nak sok sok suci cakap pasal agama bila kau gelar orang pelacur.

kemonnn laaaahhh, menyampah pulak aku.





















#notakaki: lain kali kalau nak komen belog hebat macam cik limau ke, jangan bangkang, nanti komen kau tak diapprove. kahkahkah.

#notakakikaki: patotnye bulan june bulan melukis, apehal aku cakap banyak sangat sejak dua menjak ni. ciss.

Friday, June 10, 2011

we would have injected vitamin C if only they had made it illegal!



The truth is, I’m a bad person.

But that’s gonna change. I’m gonna change.

I’m cleaning up and I’m moving on.

Going straight and choosing life.

I’m going to be just like you.

The job, the family, the fucking big television,

The washing machine, the car,

The compact disc and electrical tin opener,

Good health, low cholesterol, dental insurance,

Mortgage, starter home, leisurewear, luggage,

Three piece suit, DIY, game shows,

Junk food, children, walks in the park,

9:00 to 5:00, good at golf, washing the car,

Choice of sweater, family Christmas,

Indexed pension, tax exemption, clearing gutters, getting by,

Looking ahead to the day you die.




" People think it's all about misery and desperation and death and all that shite, which is not to be ignored. but what they forget is the pleasure of it. otherwise we wouldn't do it. after all, we're not stupid. At least, we're not that fucking stupid. take the best orgasm you ever had, multiply it by thousand and you're still nowhere near it. "

-Renton



Trainspotting directed by Donny Boyle.

Based on a novel by Irvine Welsh.










#notakaki: post entri ni sebab tengok kat blog serius obefiend ada tunjuk klip cerita ni. haha.

#notakakikaki: tapi memang dah lama laa nak tulis pasal cerita ni. ish. mana ada sibuk.

Tuesday, June 7, 2011

terkedu ke terkelu? ke terkeli?



Sekumpulan pelayan seks berbangsa Melayu telah ditangkap malam tadi di sekitar Kota Bharu. Mereka dipercayai berselindung di sebalik premis yang beroperasi sebagai pusat urut. Sebanyak 23 pelanggan berbangsa Melayu telah ditangkap.. bla..bla...bla..


haihh tak habis habis. kata negara Islam. ada serambi Mekah lah. seramba lah apa lah.


kringg kringg


S: hey! i'm back in Malaysia now. i just arrived KLIA. i got cuti until August.

H: oh really? syok ah. banyak duit ah cuti ni. last stop haritu kat mana?

S: last stop haritu in Arab. its pretty bored lah wei. everybody pun pakai that purdah thing. i can't see anything u know. da lah on sea berbulan bulan, bila sampai on land, nak tengok girls pun tak dapat. sad wei. hehe.

H: haha. what do u expect? its Arab lah, negara Islam. bukan Malaysia.

S: eh, Malaysia is also negara Islam right?

H: .......ya lah. but Arab is a holy country for Muslim. u cant expect to see short skirts there. haha.

S: not so holy lah wei. they also have prostitute you know.

H: ...........

S: the prostitute also wear purdah. haha.

H: ...........

S: they even drink beer and stuff.

H: ...........

S: hey, i offended u is it?

H: ............................................................................................................................
















Serambi Mekah ada pelacuran, Mekah pun ada pelacuran. (?) harharharharharhar.







#notakaki: ada lagi ke ringtone kringgkringg? tipu kan kau hanis.

Monday, June 6, 2011

semangat nak doodle membuak buak nak buat macam mana?

kihkihkih.


tu nampak atas tu. header baru setelah hampir setahun tak tukar.

new face; the same crap.












#notakaki: header lama macam lagi cantik je.

Sunday, June 5, 2011

whip her hair








cikgu, kenapa katak kena pergi kedai dengan gajah?


okay, perempuan gila tu dah jadi cikgu sekarang. woaaah. amazed.

aku tau, dia mesti macam ni kat sekolah:




*tak sempat tulis D*





aku tau mesti jadi macam ni punya. aku tau sangat dah. hehh.

hey kids, here's a note from your teacher:

"Dear kids, I'll see tomorrow at daycare and please please be good. Please tell your mom do not linger too long when dropping you off and she doesn't have to come and see you at every lunch break coz this awesome teacher will definitely take a good care of you. sebab jaga budak lagi senang dari jaga laki. kihkih."














#notakaki: budak perlukan makanan yang cukup untuk membesar tapi you dah habis besar dah cik myra oi. sudah sudah le tu.

#notakakikaki: i rasa cerita gajah dan katak you tu sangat menarik okay. hahaha. oh em jee oh em jee!

Saturday, June 4, 2011

happy June my arse.


when you're so afraid of the past,
when you dont want to move on,
when you have doubt,
and when you have thought of the possibilities,

this is it.






Thursday, June 2, 2011

my heart shattered,

of two things.


*******************************************

ni yang aku benci dengan facebook ni.
tak tak, ni yang aku benci dengan diri sendiri ni.

suka sibok sibok baca sana baca sini. lepas tu mengalami perasaan meluat yang melimpah ruah.

"YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thankyou :)"

errr. can i say it now? can i say the words now? what the fuck.

i'm totally speechless. annoyed? yah. disgust? mostly.
you're only 14. no wait, are you even human? woaaahhhh.

"don't hate me coz i'm beautiful"

errrrr. you know the saying "beautiful lies at the eys of the beholder" which means it depends on how we define beautiful, well i guess you dont even match any of my definition little girl. i bet not only me but everybody else too. yelah kau siap buat fanpage untuk diri sendiri kan. oh my, are you really human? you scares me.

okay enough of the little fucked busy body. menyampah dengan diri sendiri.


*****************************************



green destruction.


global warming.


exotic fashion.


exotic souvenirs.


habitat destruction.





stop this. just stop.