kau semanis Pavlova.
harini saya nak kongsikan dengan anda cara cara membuat dessert Pavlova. Ya, Pavlova. sekarang mana ada orang makan Red Velvet dah. its so yesterday. HAHA.
saya bukan celebriti chef, bukan master chef mahupun chef wan. maka, kalau tak jadi Pavlova anda, tolong jangan salahkan saya.
Pavlova ni sebenarnya senang gila nak buat. barang barang semua senang nak dapat. kedai runcit depan rumah pon boleh. cuma kalau nak beli buah lah kena pergi tesco. alah, tapi easy ah. serious.
saya cadangkan anda belajar buat Pavlova ni. sebab kalau nak beli kat kedai 1 slice 15 hengget. buat apa bayar mahal mahal. baik buat sendiri en. mari belajar dari saya.
bahan bahan yang diperlukan ialah:
1. beberapa biji telur.
suka hati nak letak berapa pon.
2. sugar caster. kalau dalam Bahasa, 'gula tebu bertapis' ya.
gula tebu yang tak bertapis tak nak.
3. tepung jagung.
4. cuka.
5. vanilla essence. (bukan dari the Body Shop)
kemudian, letak je semua bahan bahan tu dalam mixer.
letak, letak je sebanyak mana nak. apa ada hal.
tak baik membazir.
lepas tu, letak dalam bekas bakar.
kalau takde, tak pe. letak atas pinggan pon tak pe.
bakar lah selama mana nak.
kalau rajin, guna whipped cream dalam kotak.
then campak je buah apa nak atas tu.
strawberry, grapes, blackberry, pisang, kiwi, ciku, langsat.
durian pon tak de hal lah.
konfem, seriously konfem akan jadi macam ni.
pretty awesome.
anda semua dipersilakan guna resipi saya.
kalau jadi, tolong bagitau sebab saya belum lagi pernah cuba. kakaka.
selamat mencuba.
p/s: kalau telur putih buat jadi scramble egg, jadi apa? jadi awan. *lawak hambar*
p/s: bila dah google baru tau sebenarnya guna telur putih bukan telur kuning. tapi tapi, macam mana nak buat scramble egg macam awan? kita anggap je lah Pavlova saya guna telur kuning. eh ? eh? alah telur jugakkan. bukan suruh guna kulit telur pon. kikiki.