aku serious rasa ni seram. even tengah lukis ni pun aku rasa cuak. tak tipu.
okay, aku sangat takut untuk ke tandas waktu malam atau senang cakap tengah pagi area 12 ke 5 pagi. serious shit.
bila aku cakap tandas, bukan bermaksud tandas di asrama je tapi di rumah atau petrol pam sekalipun. aku akan mula buat muka macam kat atas tu tiap kali aku terpaksa juga pergi tandas. errrmm, aku rasalah muka aku macam tu.
seperti yang tertera di tajuk entri, aku mula cuak membabi buta masuk tandas sejak cerita hantu yang aku tengok mesti ada scene di tandas. tau tak scene hantu di tandas macam mana?
alaaaa scene bila seseorang tengah berdiri depan cermin di tandas untuk basuh muka atau apa apa aktiviti yang melibatkan sinki tu.
dia akan diri menghadap cermin tengok muka sendiri.
kemudian tunduk untuk basuh muka.
dan bila bangun, tu dia! terpacak refleksi selain dari muka sendiri kat sebelah.
atau kalau nak lagi true, memang dah terpacak kat sebelah!
dem. aku memang paling benci part tu. tak kiralah cerita melayu, omputeh, jepun, thailand; semua guna modal hantu cermin. tapi ya, aku tetap jerit bagai nak gila.
jadi, aku menjadi sangat paranoid dengan cermin di tandas. sebolehnya, aku akan cuba elak dari menggunakan sinki tandas di waktu genting. dan aku paling feveret tandas yang tiada cermin.
tapi malang, sejak dua menjak aktif dengan teater, aku terpaksa juga menghadapi saat menakutkan tu. ini sebab latihan selalu habis 2 atau 3 pagi, dan aku perlu membersihkan diri sebelum tidur. yela mak aku kata, nanti mengigau.
jadi aku gigih juga pergi tandas, buat apa yang patut. benda lain yang tidak melibatkan cermin aku tak kisah sangat tapi part basuh muka. ah, lemah betul.
secuak mana pun aku dengan cermin tu, aku akan pandang juga. mungkin sebab faktor aku tak suka kejutan. jadi, aku akan bulatkan mata aku sebesar mungkin dan pandang terus pada cermin.
dan aku akan mula membasuh muka dengan mata terbuka. ya, terbuka.
sampai sabun dah penuh di muka pun, aku masih buka mata. tak pe, mata merah pedih pun aku sanggup! aku dah kata kan, aku tak suka kejutan!
lepas dah bilas dengan air pun aku masih buka mata. bayangkan, aku bilas muka dengan air sambil beliakkan mata. fuhh, bunyi macam hebat kan? aku rasa aku memang ada kuasa tahan mata sampai berpinar pinar. sebab bagi aku, saat ni adalah penting untuk aku standby dari lap lap muka.
standby apa? cuba tengok tangan aku kat mana tu?
tak tunggu apa dah, cabut!
notakaki: maaf darkhalf, ni lah cerita seram seseram yang aku mampu. aku tak suka cerita hantu, jujurnya. cerita mak limah balik rumah tu pun aku rasa cuak. huiissh.
notakakikaki: actually, aku rasa seram tengok hantu cermin dalam lukisan aku sekarang. dem. macam mana nak bukak blog sendiri lepas ni??!!